MAHATHIR
NAK BERSARA?
Oleh : irzaimi
Tup, tup keluar dalam NTV 7
temuramah Mahathir dengan BERNAMA, soal beliau yang nak bersara, katanya dia sedar
yang dia satu hari nanti kena berundur juga, tapi beliau akan terus berkhidmat
selagi diperlukan. Aduhai Mahathir ada hati lagi nak berkhidmat, sudah la Mahathir
rakyat muak dah dengan kamu, sebutir mutiara konon, kononnya 20 tahun Mahathir
telah membawa pembangunan yang maha hebat pada Malaysia ini, hebat apanya kalau
yang bolot semuanya anak anak dan kroni beliau. Satu hari nanti nak bersara, tak
tahu lagi bila, satu hari nanti 4 tahun pun suatu hari nanti, 12 tahun lagipun
suatu hari nanti. Soalnya kita nak dia bersara (letak jawatan) sekarang, sebelum
rakyat beramai-ramai gulingkannya. Apapun yang terjadi, sebelum NOV tahun depan,
PM mestilah orang lain, bukan lagi tua kutuk tak sedar diri tu.
Mimpi
indah Mahathir, mimpi ngeri rakyat
Dia mahu suatu hari nanti orang kata
dialah hebat, kerana dialah Malaysia ini maju, sebab itu dia jadi gila buat projek
mega bukan untuk kepentingan rakyat sebenarnya, selain dari projek tu dapat kat
anak dan kroni dia, dia nak megah, nak orang kata hebatnya Mahathir tengok KLCC,
tengok MSC, tengok semua tu. Lalu dibinanya semua dan rakyatlah yang terkorban,
duit rakyat berbillion digunakan, hutang Malaysia beratus billion kat luar, yang
tanggung bukan dia, bukan anak dia, bukan Tajudin Ramli yang kerajaan tolong beli
balik MAS dengan duit rakyat tu, bukan.! Kerana mimpi Mahathir yang susahnya
rakyat, rakyatlah yang menderita menanggung beban hutang, kerajaan yang nak bayar
hutang tu, ambil duit rakyat dengan cara kenakan cukai, kenakan denda (saman)
kononya nak disiplinkan rakyat, macam-macam cara digunakan nak ambil duit rakyat.
Mimpi Mahathir nyatalah menyusahkan rakyat, kerana mabuk dengan semua itu,
dengan pangkat dan kemewahan, dengan gelaran membawa kemegahan, Mahathir lupa yang
dia bermimpi setelah ditidurkan rakyat, rakyat yang angkat dia, rakyat yang
menangkan dia.
Mimpi indah rakyat, mimpi ngeri Mahathir
Yang kita mimpikan adalah Malaysia ini maju dan
kemajuannya dinikmati oleh sekelian rakyat jelata, kita nak buat MSC tapi biarlah
yang menjadi erkiteknya rakyat Malaysia, yang jadi kontraktornya rakyat Malaysia,
biar pelabur besarnya rakyat Malaysia, kita nak pembangunan tapi biar bertempat
dan ikut kemampuan kita, tak payah ambil kotak untuk dilapik bagi nampak tinggi
seperti orang lain, kita impikan Malaysia ini telus kerajaannya, PM sehingga
semua ahli kabinetnya berkerja untuk rakyat, fikir setiap hari apa yang kita nak
buat bagi menjaga kebajikan rakyat. Kerajaannya dasarnya untuk kepentingan rakyat
terbanyak, bukan dua tiga kerat rakyat, semua itu mimpi indah rakyat yang menjadi
mimpi ngeri Mahathir, Mahathir tidak terdaya bermimpi seperti mimpi rakyat kerana
dia dah terlajak jauh, nak patah balik dah terlalu jauh, yang tinggal hanya dia
letak jawatan tanda dia insaf atau kita gulingkan dia yang tidak sear diri itu,
kemudian kita baru mula merangka mimpi indah kita.
NOV tahun depan
tarikh akhir
Untuk dia letak jawatan, kerana setelah itu andai dia
masih berdegil maka natijahnya buruk sekali, untuk Mahathir, anak anaknya, Daim,
dan beberapa lagi yang bersekongkol dengan Mahathir. Sama ada dia suka atau tidak
dia tiada pilihan, dunia luar dah pulaukan dia, rakyat Malaysia terbanyak dah
bencikan dia, bahkan dah banyak kita dengar keluhan orang UMNO yang mula bencikan
Mahathir. Mahathir berdepan dengan kemungkinan digulingkan dengan kekerasan dan
kuasa rakyat andai dia degil. Kita saksikan sahaja dan berdoa, semoga dia faham,
dan kita tak perlu guna kekerasan desak dia berundur.
Reformasi ke arah
Malaysia yang lebih adil
ayat@freeanwar.com www.webreformis.com |